Selama berbelas tahun jadi pelajar, macam macam jenis cikgu aku dah jumpa. So sempena hari guru ni, aku nak cerita pasal beberapa cikgu yang aku ingat smpai sekarang. Act boleh kata semua cikgu aku ingat, even cikgu tadika. Tapi yang ni ada kisah dia yg tersendiri..
1. Cikgu Zawiyah
Guru kelas aku masa Darjah Satu Merah. Cikgu ni ok la, kadang kadang baik, kadang kadang garang ya ampun. Garang tak garang, pernah la dia ketuk kepala kawan aku guna pencil box sampai pecah. Aku ingat lagi, masa pencil box tu pecah, muka dia terkejut gila, cam rasa bersalah pun ada. Esoknya dia ganti pencil box yg lain kat budak tu. Pastu yang aku ingat lagi, masa Darjah 3 cikgu ni pregnant. Pastu masa hari guru aku bagi kad selamat hari guru (handmade lagik), antara ayat yang aku tulis - "Cikgu nampak cantik masa mengandung. Saya dah lupa macamana rupa cikgu masa tak mengandung dulu." Hahahaha apa ke bangang sangat jenis anak murid aku nih.
2. Cikgu Rosmah.
Cikgu ni baikkk sangattt... Guru kelas aku masa Darjah 2. Menantu guru besar masa tu. Dia cakap lembut je.. Selalu bagi nasihat, bagi kata kata perangsang kat aku. Pastu dia lantik aku jadi mentor, kena ajar student yang tak paham apa apa subjek. Huhu kecik kecik dah jadi mentor, bukan Datuk Sharifah Aini je yang ada protege tau, i dah ada lama dulu.. hihi.
3. Cikgu Hairi.
Ni pun guru kelas aku masa Darjah 3. Aishh semuanya guru kelas. Yelah bila namanya guru kelas, maknanya dia yang ajar paling banyak subjek dlm kelas, selalunya Bahasa Melayu n Matematik. Tapi Cikgu Hairi ni Muzik pun dia ajar. Sebab tu lah aku lebih ingat kat cikgu kelas. Selain tu cikgu kelas la yg paling concern n paling banyak bercakap ngan student dia. Tiap2 bulan cikgu ni buat ujian. Satu hari tu dia pernah panggil aku ngan sorang kawan kelas nama Atikah, dia compare result kitorang, result aku makin improve, result Atikah pulak makin menurun. So, Atikah, jangan banyak main sangat, tiru mcm Ain ni kata dia. Tak lama lepas tu, dia panggil lagi kitorang berdua. Kali ni result Atikah meningkat, aku pulak menurun. Haha.. Teruk aku kena leter masa tu. Cikgu tu dia punya ayat mcm nak kata, baru puji sket dah result menurun. Ala cikgu boleh la Atikah beli buku latihan yang sama cikgu guna, pastu dia g hafal jawapan. Macam la aku tak tau, infact satu kelas tahu. (still tak puas hati walaupun kisah dah 14 tahun lepas) Apa apa pun, terima kasih cikgu, sebab cikgu lah saya pas periksa PTS.
4. Cikgu Hamidah
Mula mula aku tak suka cikgu ni. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata sombong tak, nak kata garang lagi la tak. Suka suka hati aku je tak nak suka kat cikgu ni. Tapi lama lama jadi suka la pulak. Sebab dia selalu cakap aku comel. Ngahahaaa... Hati perempuan ni sama je, memang suka dipuji tanpa mengira peringkat umur. Dari baby smpai la dah jadi moyang mmg suka kena puji. Cikgu ni banyak bagi kaunseling kat aku. Sebab aku suka gaduh ngan Hassnun
n
Kerol. Ngan Kerol la especially. Hassnun baik sikit. Sikit je la. Satu hari tengah tengah gaduh, Cikgu Hamidah panggil kitorang berdua dalam library, pastu bagi nasihat tak baik bergaduh sampai menangis aku dibuatnya. Insaf la kejap masa tu. Esoknya bergaduh balik.
5. Cikgu Rosimah
Hah ni cikgu all time favourite. Cikgu yang paling aku saaayangggg dalam dunia. Cikgu ni la punca aku suka pegi sekolah, dan dapat 5A dalam UPSR, sekali dgn Hassnun n Kerol. Tak sia sia kita berebut nak jwb soalan dlm kelas dulu. Terima kasih banyak banyak cikgu. Dua tahun dia jadi guru kelas aku, Darjah 5 n 6. Dia ajar Sains. Cikgu ni best ah, aku tak reti nak describe macamana kebestan dia. Cikgu ni sporting, kelakar, ajar pun paham nak mampus. Cikgu ni mesra, cakap ngan dia macam kawan kawan, tapi tak hilang rasa hormat kat dia. Memang respect gila ah kat dia. Dah la vogue. Tiap tiap hari pakai kebaya ketat, belah sampai lutut. Seingat aku tak pernah tengok dia pakai baju kurung. Yang paling tak bleh blah, masa aku Form 1, aku suh adik aku passkan hadiah hari guru kat dia. Aku tak ingat aku bagi apa, tapi yang pastinya jenama Hello Kitty. Haha memang dasar remaja tak matang la aku ni. Apa kejadahnya cikgu umur 30an nak buat ngan Hello Kitty?
6. Cikgu Tahar.
Hoh ni memang disaster dalam hidup aku. Cikgu ni memang meninggalkan trauma dan parut dalam hidup aku. Literally, parut. Alkisahnya bermula, masa aku darjah 6. Cikgu ni bukan cikgu sekolah aku pun, tapi dia ajar tuisyen. Orang kata memang bagus la dia ni ajar. Masa tu pulak aku nak UPSR, n umi n abah sibuk la nak hantar aku tuisyen sana sini, lagi lagi kat Cikgu Tahar. Tapi aku tak nak, sebab aku dengar orang kata cikgu ni garang gila. Tapi, si Kerol tak guna tu tipu aku, dia kata cikgu ni baik sangat, suka belanja student dia aiskrim. Aku ni dengar je perkataan aiskrim terus excited mata bersinar sinar nak g belajar ngan cikgu ni. Hari pertama, dengar suara dia je aku terus rasa nak berlari balik. Hari kedua, tengah dia mengajar, dia pandang aku, n kebetulan pulak masa tu aku tengah tengok labah labah kat tingkap. Pastu dia datang dekat aku, dalam hati ni alamak cikgu ni nak cubit aku ke. Rupanya tak, dia cuma lalu je. Baru nak lega, tiba tiba, piapppp!!! Dia libas belakang aku dengan batang plastik ikat belon tu. Pehh masa tu sakit tak sakit belakang kira, yang penting maluuuuuu!!! Malu beb, budak baru kena rotan. Aku ingat clearly sampai sekarang, macamana badan Kerol terketar ketar nak tahan ketawa. Ye la nak ketawa betul betul tak boleh, kang tak pasal pasal kena penampo jepun Cikgu Tahar. Aku tak ingat lepas kelas tu aku pegi sepak Kerol ke tak, tapi takpe, aku ingatkan diri sendiri untuk sepak dia next time bila jumpa. Siap la. Tak sampai sebulan, aku berenti tuisyen. Mana tahan. Nak belajar pun tak masuk kalau dah sentiasa takut takut.
Hadoi dah panjang sangat aku tulis. penat dah. Banyak lagi kisah cikgu aku nak cerita, ini baru cikgu cikgu sekolah rendah, belum termasuk cikgu sekolah menengah n lecturer. Nanti aku sambung part 2. Bila dah terkenang ni, terus rasa nak balik Pahang, jumpa balik cikgu cikgu sekolah rendah ni (kecuali Cikgu Tahar hehe) Apa khabar diorang agaknya, sihat lagi ke tak. Sekarang aku duduk Perak, dah jauh nak jumpa cikgu. Kadang kadang Hassnun update jugak cerita terbaru cikgu cikgu ni, tapi tak sama bila jumpa sendiri. Hassnun kata lagi cikgu cikgu ni ada jugak bertanya pasal aku. Haihhh rindunya. Tapi aku belum boleh bagitau lagi yang aku dah berjaya.
Kepada semua guru kat Malaysia, selamat hari guru, terutama sekali buat cikgu yang pernah mengajar saya. Memang jasa cikgu tak dapat saya balas, tak mungkin terbalas, dan akan saya kenang sampai akhir hayat saya.. :)